Yusri Sahkan Lisa Surihani Mengandung

Desas desus mengenai Lisa Surihani, 29, dikatakan sudah hamil akhirnya terjawab apabila suami kepada aktres itu sendiri iaitu pengarah terkenal Yusry Abdul Halim, 42, mengesahkan spekulasi itu benar.

 

Bagaimanapun, Yusry dan Lisa enggan mengulas lanjut mengenai hal itu kerana mereka mengikut pesanan orang tua-tua agar tidak menghebahkan berita kehamilan sehinggalah kandungan isterinya betul-betul kuat.

 

“Ya, dia mengandung tetapi terlalu awal untuk kami bercerita lanjut mengenai perkara itu.

 

“Kami ikut pesanan orang tua-tua supaya tidak terlalu bercerita kerana masih terlalu baru. Sekurang-kurangnya selepas 1 trimester (3 bulan) barulah boleh kami kongsi,” kata Yusry ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem terbaru arahannya, Cicakman 3 di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

 

Lisa yang turut berada di sisi suaminya mengucapkan ribuan terima atas doa serta sokongan positif semua pihak pada mereka.

 

Dalam pada itu Yusry juga menyatakan tiada perjanjian di antara mereka sebagai suami isteri dengan pihak Astro berhubung kononnya akan diadakan satu pengumuman khas untuk berita gembira ini.

 

“Tiada apa-apa perjanjian. Kami cuma tak mahu berkongsi lebih-lebih sebab masih awal lagi,” katanya.

 

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.