Video: Doktor Hospital Kerajaan Ditahan Bersama GRO

Kuala Lumpur – Tindakan provokasi seorang pegawai perubatan di salah sebuah hospital kerajaan terhadap anggota polis yang sedang menjalankan tugas mengundang padah apabila beliau turut ditahan atas dakwaan menghalang tugas penjawat awam.

 

Dalam kejadian pada 11.20 malam itu, sepasukan polis dari Unit Maksiat Bukit Aman di ketuai oleh Inspektor Razali Md Kassim bersama 10 anggota melakukan serbuan terhadap sebuah pusat hiburan di Hartamas, di ibu negara.

 

 

Menurut pihak berkuasa lelaki tersebut dikatakan cuba menghalang anggota polis dari melakukan serbuan di pusat hiburan tersebut.

 

Dia yang sedang dilayan GRO dan berada dibawah pengaruh alkohol, dikatakan berang apabila diminta memberikan kerjasama ketika serbuan itu dijalankan.

 

Selain pengurus pusat hiburan terbabit turut ditahan 28 pelayan GRO warga asing kerana dipercayai terbabit dengan aktiviti tidak bermoral, termasuk kegiatan pelacuran.

 

Siasatan polis mendapati, kesemua GRO terbabit turut menawarkan khidmat seks selain menyalahgunakan pas lawatan sosial.

 

Mereka ditahan merupakan warga dari Myanmar, Thailand dan Filipina.

 

Menurut rekod premis hiburan ini pernah beberapa kali di serbu sebelum ini atas kesalahan yang sama.

 

Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 40-an di bawa ke Balai Polis Travers untuk tindakan lanjut.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.