VIDEO: Banjir Kilat di Seksyen 13 Shah Alam

Shah Alam – Beberapa kawasan di sekitar Seksyen 13 Shah Alam dilaporkan ditenggelami air ekoran hujan lebat yang berterusan sejak petang tadi.

 

Keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk selain banyak kenderaan tersadai di bahu jalan.

 

 

Beberapa buah kereta turut dilaporkan rosak kerana dinaiki air dan sehingga kini tiada sebarang kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

Menurut penduduk masalah banjir kilat memang kerap berlaku di kawasan Seksyen 13 di sini dan kerajaan negeri pernah berulang kali berjanji untuk mengatasi masalah tersebut.

BERITA LAIN MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.