Taiwan Rancang Bina Taman Tema Seks Untuk Tarik Pelancong

PERHATIAN kepada mereka yang gemar melancong, kini anda mungkin menemui destinasi terbaru yang lebih menarik untuk dilawati dan sekiranya anda mencari perbezaan untuk dinikmati, ini mungkin menjadi lokasi paling sesuai.

 

Ia adalah sebuah taman tema seks pertama di Taiwan yang akan dibuka untuk tujuan pelancongan di kawasan seluas 37 batu sepanjang pantai negara tersebut.

 

Memetik laporan portal berita Mail Online semalam, taman berkenaan digelar sebagai ‘Romantic Boulevard’ yang akan ‘menghidangkan’ pelbagai kelainan seperti pintu gerbang berbentuk hati, gereja kaca dan taman luar yang dipenuhi dengan lukisan erotik dalam bentuk aksi seks yang pelbagai.

 

“Kami mahu orang ramai jatuh cinta dengan Taiwan dan juga jatuh cinta ketika berada di Taiwan,” kata Timbalan pengarah Southwest Coast National Scenic kepada Wall Street Journal.

 

Katanya, taman tema yang bakal menyajikan seribu kelainan ini difahamkan masih dalam fasa awal pembinaan dan turut menjanjikan keistimewaan buat pasangan kekasih yang ingin merakam potret perkahwinan mereka di sana.

 

Menurutnya, lebih daripada 200,000 pengunjung dijangka melawat kawasan tersebut.

 

Bagaimanapun, pembinaan taman seks itu dikatakan tidak mendapat sokongan sesetengah penduduk tempatan kerana menganggap ia sebagai memalukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.