Projek Haram Di Kajang, MPKj Lembab Bertindak

Kajang – “Dah empat bulan kami hantar surat aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tetapi baru hari ini mereka sampai. MPKj lembab bertindak hinggakan kawasan ini dah habis ditambak dan diratakan,” kata Pengerusi Kampung Naqsyabandiah, Kajang, Ahmad Wahab.

 

Beliau menyifatkan kelemahan MPKj sebagai punca projek yang tidak tahu status di kampung tersebut memandangkan kerja-kerja tanah terus berjalan hingga menimbulkan kebimbangan penduduk.

 

“Kami hantar surat pada bulan Oktober 2014 dan langsung tak ada jawapan jauh sekali untuk datang membuat tinjauan.

 

“Kalau MPKj cepat memberi respons terhadap aduan kami, rasanya kawasan ini masih lagi dipenuhi kebun dan tetap menghijau. Sekarang sudah musnah semuanya,” katanya.

 

Jelasnya, kebimbangan penduduk adalah jika pemajunya membina kilang di atas tanah tersebut yang dilihat boleh menghasilkan pencemaran kepada alam sekitar terutama penduduk setempat.

 

“Kami tak tahu projek apa yang akan dibina di atas tanah seluas lima ekar itu tetapi daripada maklumat yang sampai melakui pekerja-pekerjanya, sebuah kilang akan didirikan di situ.

 

“Bila sebut kilang, kami jadi pelik sebab tanah tersebut statusnya tanah pertanian dan bagaimana boleh membina kilang?

 

“Pernah juga kami cari pemajunya tetapi sehingga hari ini gagal bertemu kerana dia sering mengelak daripada penduduk kampung,” ujarnya.

 

Keadaan tebing yang tinggi boleh mengundang bahaya kepada penduduk Kampung Naqsyabandiah di Kajang.

 

Tambah Ahmad, kampung yang didiami oleh 40 buah keluarga itu bukannya menolak pembangunan tetapi mahukan ia dibina seimbang dengan tuntutan penduduk.

 

“Janganlah buat sesuka hati walaupun itu bukan tanah milik kami. Kalau tak nak jumpa penduduk di sini, buatlah mengikut saluran yang betul melalui pihak berkuasa.

 

“Sebelum terbinanya bangunan di atas tanah itu, ada baiknya kita sama-sama mencari penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua pihak bagi mengelak permasalahan pada masa akan datang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.