Perdana Menteri Ziarah Nik Aziz Di ICU HUSM

Kota Bharu – Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak hari ini melawat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

 

Beliau yang tiba kira-kira jam 2.15 petang diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Datuk Makhtar Mustapha meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk melihat dan bertanyakan perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu.

 

Perdana Menteri menerusi laman Twitter beliau hari ini berkata:
“Alhamdulillah..baru menziarahi Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz di HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) Kubang Kerian.
“Marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT semoga beliau cepat pulih,” kata beliau.

 

Mursyidul Am PAS itu dimasukkan ke hospital pada 19 Januari lalu. Beliau dikatakan menghidap sejenis penyakit barah yang kini merebak ke organ dalaman.

 

najib lawat nik aziz 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.