Pahang Rugi RM610 Juta Akibat Banjir

KUANTAN 29 Jan. – Negeri ini mencatatkan kerugian sebanyak RM610 juta akibat musibah banjir luar biasa yang melanda baru-baru ini.

 

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jumlah itu melibatkan kemusnahan harta benda, sektor pertanian, kehilangan tempat tinggal dan kerosakan infrastruktur.

 

“Sektor pertanian sahaja melibatkan kerugian RM65.15 juta,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat penyelarasan pascabanjir negeri bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Wisma Seri Pahang di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.