Najib, Muhyiddin Campur Tangan Kemelut MIC

Kuala Lumpur – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya akan campur tangan untuk menyelesaikan kemelut rakan komponennya MIC.

 

Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu perlu diselesaikan segera bagi menjaga nama baik BN.

 

“Dalam keadaan sekarang, jika kami tidak campur tangan, ia akan menjadi lebih teruk.

 

“Kami akan menemui mereka dan mengambil langkah seterusnya dalam kerangka perlembagaan MIC,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan Intitut Pendidikan Guru Bahasa Melayu hari ini.

 

Muhyiddin berkata, BN akan juga meneliti notis daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum mengambil keputusan lanjut.

 

Bekas Pengarah Strategi MIC, Datuk Seri S Vell Paari sebelum ini menggesa Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk campur tangan dalam menyelesaikan kemelut yang melanda MIC demi menyelamatkan parti berkenaan daripada dibubarkan.

 

Kata Vell Paari, campur tangan Najib perlu kerana presiden Datuk Seri G Palanivel begitu jelas terlalu mengambil mudah dengan apa yang sedang melanda parti sekarang.

 

Justeru, bagi mengelakkan kesan buruk kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang Najib perlu campur tangan, tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.