Najib Lancar Tapak Rumah Baru Mangsa Banjir Di Kuala Krai

Kuala Krai – Datuk Seri Najib Razak tiba di majlis pelancaran rumah kekal bagi mangsa banjir Kerajaan Persekutuan negeri Kelantan di Manik Urai Lama di sini, sebentar tadi.

 

Perdana Menteri turut melakukan gimik perasmian dengan menuang simen ke dalam lubang tiang tapak rumah berkenaan.

 

Bagi memudahkan kerajaan Pusat membantu membina semula penempatan bagi mangsa banjir di Kelantan akibat bah besar sebelum ini Perdana Menteri telah meminta kerajaan negeri menyediakan tanah sebagai tapak rumah.

 

“Saya telah meminta MB Kelantan beri tanah atau tapak rumah untuk bina rumah kekal bukan untuk kepentingan parti tapi demi kepentingan rakyat,” katanya ketika berucap selepas merasmikan program bantuan mangsa banjir di sini.

 

Selain itu, beliau yang ditemani Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pasca Banjir Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meluangkan masa kira-kira 15 minit mendengar taklimat perkembangan pembinaan rumah mangsa banjir di jajahan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.