Lukisan Hina Institusi Negara, Undang Persepsi Negatif Masyarakat

Kuala Lumpur – Tiga buah lukisan yang didakwa menggambarkan belakang badan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bersama Raja Permaisuri Agong dan juga Perdana Menteri Malaysia dipamerkan di sebuah pameran di Singapura.

 

Pelukis gambar berkenaan yang berusia 36 tahun berasal dari Kuala Lumpur menyertai pameran tersebut secara solo dengan tema ‘Hari Ini Dalam Sejarah’.

 

Pameran berkenaan berlangsung dari 17 Oktober sehingga 23 November 2014 di Silverlens Gillman Barracks, di Singapura.

 

Pameran tersebut bertujuan untuk mencadangkan beberapa percanggahan dan masalah yang wujud dalam merangka satu kesedaran nasional melalui pengalaman peribadi pelukis.

 

Lukisan berkenaan yang tersebar di media sosial ternyata mengundang banyak reaksi negatif daripada pengguna kerana menganggap tindakan itu menghina sistem beraja negara ini.

 

Artis yang melukis lukisan yang dipamerkan di D Art Stage, Singapura pada November tahun lalu bagaimanapun tidak menyatakan ia menggambarkan atau mempunyai kaitan dengan YDPA, Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri.

 

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) Selangor turut mempersoalkan tindakan pelukis terbabit.

 

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata tindakan pelukis tersebut boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif kerana lukisan tersebut di luar norma biasa.

 

“Kenapa pelukis yang merupakan rakyat Malaysia berbangsa Cina, membuat pameran lukisan di Singapura dengan gambar bahagian belakang. Kenapa membelakangkan Agong?

 

“Apa tujuan dia lukis begitu? Ia boleh menimbulkan pelbagai persepsi yang tidak baik? Adakah pelukis cuba menghasut supaya membelakangkan Raja-Raja Melayu?” soalnya.

 

Sehubungan dengan itu, Abu Bakar menggesa pihak berkuasa memanggil dan menyiasat pelukis terbabit bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

 

“Bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak baik terjadi, pihak berkuasa diminta segera memanggil atau menyiasat pelukis untuk memberikan penjelasan.

 

“Kita tidak menuduh tetapi kita tidak mahu perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kaum,” ujarnya.

 

vincent leong 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

vincent leong 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.