Luis Figo Umum Bertanding Presiden FIFA

London – Bekas pemain sayap Portugal dan Real Madrid, Luis Figo mengumumkan akan mencabar penyandang, Sepp Blatter untuk jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), tahun ini.

 

“Saya ambil berat tentang bola sepak, jadi apa yang saya lihat mengenai imej FIFA, bukan sahaja sekarang, tetapi tahun-tahun sebelumnya, saya tidak suka.

 

“Jika anda cari FIFA di Internet, anda akan nampak perkataan pertama yang keluar ialah skandal, itu bukan perkataan positif.

 

“Itu adalah perkara yang perlu kita ubah terlebih dahulu dan cuba memperbaiki imej FIFA. Bola sepak berhak mendapat lebih baik daripada ini,” kata lelaki berusia 42 tahun itu kepada CNN.

 

Selain Figo, Blatter yang cuba meneruskan penggal kelima jawatannya pada pemilihan 29 Mei ini, turut berdepan saingan Naib Presiden FIFA, Putera Ali Al Hussein dari Jordan; Ketua Bola Sepak Belanda, Michael van Praag; bekas Eksekutif FIFA, Jerome Champagne dan bekas pemain sayap Perancis, David Ginola.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.