Kim Pertahankan Bapa Tirinya Yang Dikatakan Tukar Jantina

New York – Bintang realiti Kim Kardashian tampil mempertahankan bapa tirinya iaitu Bruce Jenner berhubung laporan mengatakan bekas atlet itu bakal menukar jantinanya kepada wanita.

Kim menerusi laporan E! Online bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai dakwaan tersebut dan menjelaskan adalah lebih baik perkara itu datang daripada mulut lelaki itu sendiri.

Jelas Kim lagi, sejak Bruce, 65, bercerai dengan ibunya Kris Jenner, bapa tirinya itu kelihatan gembira dan dia akan sentiasa menyokong apa juga keputusan yang hendak dibuat orang tuanya itu.

 

“Apa yang pasti dia sangat gembira dengan kehidupannya sekarang dan saya sebagai anak sentiasa menyokong dan mendoakannya,” kata Kim.

Spekulasi mengenai perkara itu timbul apabila penampilan fizikal Bruce dilihat berbeza sehingga menimbulkan tanda tanya peminat.

Selain menyimpan rambut panjang dan menipiskan keningnya, Bruce mula mewarnakan kukunya selain dia mengenakan baju dalam wanita.  – mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.