Kertas Peperiksaan Elektronik, Elak Kebocoran – TPM

Kuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bercadang merangka kertas soalan peperiksaan sekolah menggunakan sistem elektronik bagi mengelak berlaku kebocoran kertas soalan daripada berulang.

 

Beliau yang juga Menteri Pendidikan menjelaskan, cadangan tersebut dimasukkan dalam laporan penambahbaikan dan sedang dalam kajian bagi menentukan sama ada ia wajar atau tidak untuk dilaksana.

 

“Kita akan lihat sama ia boleh dilaksana atau tidak, sekiranya sesuai kita akan fikir pula cara bagaimana untuk melaksanakanya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Menara Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di Kuala Lumpur.

 

Katanya, cadangan tersebut telah dibuat oleh Jawatankuasa Khas yang telah dilantik Kementerian Pendidikan.

 

Jelas beliau, selain cadangan tersebut terdapat beberapa langkah turut dibincangkan termasuk pemasangan CCTV.

 

“Pihak kementerian kami juga bertanggungjawab dalam memastikan setiap peraturan baru yang dibuat hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selain daripada membuat kajian dengan lebih teliti,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.