Jeriji Besi Patah, Budak Maut Jatuh Flat

Kuala Lumpur – Seorang kanak-kanak lelaki maut, selepas terjatuh daripada tingkat enam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara, hari ini.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang tadi, kanak-kanak berusia lima tahun itu dipercayai terjatuh melalui ruang jeriji besi yang patah.

 

Kanak-kanak malang itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia, sebaik sahaja tiba di hospital.

 

Kejadian itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kasim yang berkata, kanak-kanak berkenaan terjatuh, ketika bermain di koridor PPR terbabit.

 

“Mangsa terjatuh melalui ruang di antara pagar besi penghadang, ketika bermain di koridor luar flat kediamannya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.