IS Gunakan Tebusan Untuk Sampaikan Ancaman Bunuh Terhadap Juruterbang Jordan

Beirut – Kumpulan IS menggunakan tebusan Jepun, Kenji Goto untuk menyampaikan satu ancaman terbaru untuk membunuh juruterbang Jordan, melainkan pihak Amman menyerahkan seorang pejuang jihad wanita sebagai pertukaran kepada mereka sebelum matahari terbenam Khamis, lapor kumpulan pengawasan SITE Intelligence.

 

Ancaman terbaru ini timbul selepas Jordan menyatakan yang kerajaan sedang berada dalam keadaan siap siaga untuk menukar pengebom berani mati, Sajida-al-Rishawi dengan juruterbang Maaz al-Kassasbeh selepas kumpulan militant itu menyatakan tarikh luput untuk membunuh Maaz dan Goto telah tamat tempoh.

 

“Saya Kenji Goto Jogo. Ini adalah rakaman peti suara yang saya telah diarahkan untuk hantar kepada kamu,” kata wartawan Jepun tersebut dalam satu rakaman yang dipercayai diedarkan melalui akaun Twitter kumpulan IS.

 

“Jika Sajida al-Rishawi belum bersedia untuk menukar nyawanya dengan saya di sempadan Turki sebelum matahari terbenam Khamis (Januari 29), waktu Mosul, juruterbang Jordan Mia’dh al-Jasaben (Maaz al-Kassasbeh) akan dibunuh serta-merta,” kata Goto dalam satu transkrip yang dikeluarkan SITE.

 

Jepun sudah meminta bantuan Jordan untuk melepaskan Goto dari tahanan IS semenjak satu video yang memaparkan seorang tebusan rakyat negara itu dihukum pancung oleh kumpulan negara IS itu.

 

Rakaman selama tiga minit itu tersebar luas di laman Internet sejak ia mula disebarkan Ahad lalu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.