Hanez Dan Romie Nikah 14 Mac

Kuala Lumpur – Pelakon jelita Hanez Suraya mengesahkan akan bernikah dengan pasangannya, Romie Razin Adilha pada 14 Mac ini.

 

Menurut Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada sebelah pagi, sebelum majlis berinai akan dilangsungkan pula pada sebelah malam di kediaman keluarganya di Seremban.

 

Manakala majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang.

 

Seterusnya pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac.

 

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 3 Januari lalu di Seremban.

 

“Asalnya memang keluarga masing-masing memberikan tempoh enam bulan selepas bertunang untuk ke fasa perkahwinan. Tapi tempoh itu umpama syarat ketika rundingan keluarga diadakan.

 

“Hakikatnya keluarga mahu kami mempercepatkan ia ke bulan Mac.

 

“Cuma ketika itu masih belum ada tarikh tetap. Konsep majlis kahwin saya nanti serba sederhana dan paling penting jemputan yang datang pulang dengan gembira selain menjamu selera dengan makanan sedap,” kata Hanez dipetik Berita Harian Online.

 

Hanez juga memaklumkan tiada sebarang tajaan daripada mana-mana pihak untuk majlis bersejarahnya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.