Gangguan Bekalan Air Di Daerah Petaling Jumaat Depan

Beberapa kawasan di daerah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air selama sehari, iaitu dari 6 hingga 7 Februari ini.

 

Ia susulan kerja-kerja pemasangan dua unit sistem zon Injap Pengurang Tekanan (PRV) di SS1, Kampung Tunku, daerah Petaling.

 

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan, antara kawasan terjejas adalah seluruh SS1, sebahagian SS9A dan Seksyen 22 yang akan mengalami gangguan bekalan air, bermula jam 9 malam hingga 8 pagi keesokan hari, membabitkan 3,104 pintu rumah.

 

Pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan tersebut dan menggunakan air secara berhemah.

 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS, dengan menaip PUSPEL dan hantar kepada 39222, atau melayari laman sesawang Syabas, di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook, dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’ atau muat turun aplikasi mySYABAS di telefon pintar.- TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.