DCA Batal Sidang Media Yang Dijadualkan Berlangsung Petang Ini

Putrajaya – Sidang media Jabatan Penerbangan Awam (DCA) membatalkan sidang media yang dijadualkan berlangsung petang tadi.

 

Namun sehingga kini, DCA masih belum memberikan sebarang sebab, pembatalan sidang media yang sepatutnya berlangsung pada pukul 3.30 petang tadi.

 

Menurut makluman awal, sidang media yang diadakan itu bakal mengumumkan status terkini tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu.

 

Beberapa orang waris penumpang dan anak kapal MH370 turut kelihatan hadir di DCA untuk mendengar mengenai perkembangan terkini itu.

 

Pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang 40 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac tahun lalu. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal, termasuk 50 orang rakyat Malaysia.

 

Kali terakhir pesawat berkenaan menghubungi Pusat Kawalan Trafik Udara (ATC) di Kuala Lumpur ialah kira-kira jam 1.19 minit pagi, kurang daripada satu jam selepas berlepas, sebelum hilang dari radar awam DCA dua minit kemudian pada jam 1.21.

 

Misi pencarian besar-besaran membabitkan beberapa negara telah dijalankan sejak daripada itu dengan diketuai oleh Australia, dan fokus pencarian kini adalah di dasar bahagian selatan Lautan Hindi.

 

Ketika ini operasi memberi tumpuan kepada carian di bawah air di kawasan keutamaan seluas 60,000 kilometer persegi dengan diselaraskan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Agensi (JACC) Australia.

 

Baca: Sidang Media DCA Mengenai MH370 Dijadual Berlangsung Petang Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!