Cristiano Ronaldo Digantung Dua Perlawanan

Madrid – Cristiano Ronaldo telah digantung dua perlawanan selepas dibuang padang kerana mengasari pemain pertahanan Cordoba Edimar dalam aksi La Liga Sabtu lepas.

 

Ronaldo akan terlepas dua perlawanan menentang menentang Real Sociedad dan Sevilla pada minggu depan, namun akan turun padang dalam perlawanan menentang juara La Liga Atletico Madrid pada 7 Feb.

 

Madrid kini atasi Barcelona dengan satu mata di bahagian atas La Liga, dan juga mempunyai satu lagi perlawanan.

 

Pemain berusia 29 tahun itu kemudiannya memohon maaf atas perbuatannya melalui akaun rasmi Twitter beliau.

 

“Saya meminta maaf kepada semua orang terutama kepada Edimar kerana tindakan tanpa berfikir saya dalam perlawanan hari ini,” kata Ronaldo dalam akaun Twitter miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.