BN Akan Campur Tangan Krisis MIC

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) akan campur tangan dalam krisis yang berlaku dalam MIC bagi mencari jalan penyelesaian demi kebaikan parti itu.

 

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN dan beliau sendiri akan membuat pertemuan dengan pemimpin parti itu dalam masa terdekat untuk berbincang dan mengambil tindakan sewajarnya.

 

“Krisis yang sudah tercetus ini kita perlu campur tangan. Saya fikir kalau dibiarkan begitu tidak ada penyelesaiannya, jadi pimpinan BN, Perdana Menteri dan saya akan campur tangan untuk kebaikan parti itu dan BN keseluruhannya,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baharu Insitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.