50 Ribu Keluarga Terima 11 Jenis Bantuan Bernilai RM40 Juta – Najib

29 JAN : 50,000 keluarga yang terjejas banjir akan menerima 11 jenis bantuan dari peruntukan berjumlah RM40 juta.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata demikian dalam ucapan pelancaran pembinaan rumah kekal bagi mangsa banjir Kerajaan Persekutuan negeri Kelantan di Manik Urai Lama.

 

Menurut beliau, Biro Kebajikan UMNO akan mengagihkan bantuan-bantuan berkenaan.

 

Kerajaan Pusat katanya, telah meminta kerajaan negeri menyediakan tanah sebagai tapak rumah bagi membantu membina semula penempatan bagi mangsa banjir di Kelantan.

 

“Saya telah meminta MB Kelantan beri tanah atau tapak rumah untuk bina rumah kekal bukan untuk kepentingan parti tapi demi kepentingan rakyat,” katanya.

 

Beliau turut ke majlis penyerahan sumbangan mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

 

Turut menyertai Najib ialah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pasca Banjir Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang bersama meluangkan masa kira-kira 15 minit mendengar taklimat perkembangan pembinaan rumah mangsa banjir di jajahan berkenaan.

 

Perdana Menteri turut melakukan gimik perasmian dengan menuang simen ke dalam lubang tiang tapak rumah berkenaan. – BNBBC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.