Usaha Anwar Bertanding Capai Cita-cita Jadi PM – Tun M

KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang merupakan antara langkah Ketua Pembangkang itu dalam usaha mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, Anwar mungkin ingin menjadi Menteri Besar Selangor dan menunjukkan kebolehannya mentadbir untuk meraih sokongan rakyat.

Beliau menyatakan demikian semasa ditemu bual dalam program Dalam Radar Khas di konti Radio24 di Wisma Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.