Penganggur Edar Dadah Dihukum Gantung

KOTA BHARU – Seorang penganggur dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar heroin seberat 310.1 gram, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Roslan Hanapi, 36, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah bagi menolak pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Roslan disabit dengan tuduhan mengedar dadah tersebut bersama dua rakannya, Abdul Razak Senik, 40, dan Mohd Hafizul Aswan Azman, 30, kira-kira pukul 2.15 pagi, 30 Januari 2012 di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Bakat, Rantau Panjang, di sini.

Dakwaan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 39 (B)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman di bawah Seksyen 39 (B)(2) akta sama dengan memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Bagaimanapun, pihak pembelaan berjaya membuktikan keraguan munasabah bagi menolak pertuduhan yang dihadapi Abdul Razak Senik dan Mohd Hafizul.

Oleh itu, mahkamah melepas dan membebaskan kedua-dua tertuduh daripada pertuduhan terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.