KJ Datang Dari Jauh Nak Serah Borang, Tapi Nenekanda Tiada

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyuarakan hasratnya untuk menyerahkan ‘borang’ kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Namun secara berseloroh, KJ berkata niatnya terbantut untuk bertindak demikian apabila Ahli Parlimen Langkawi itu tidak berada di Pusat Khidmatnya.

“Ke hadapan nenekanda Tun, Cucunda mai dari jauh nak serah borang. Kalakian harapan tinggi bersalaman nenekanda Tun.

“Namun, bagai kaca terhempas ke batu nenekanda Tun bercuti hari ini. Terus tak jadi,” katanya menyindir Tun.

Sindiran itu dipercayai sengaja dimuatnaik di akaun Instagramnya apabila dilihat Tun M tidak berada di kawasan Parlimennya. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.