Pakar Motivasi Tegur Tindakan Lelaki Jalin Cinta Dengan ‘Wanita Jadian’ Safiey Ilias

Keputusan usahawan kosmetik, Safiey Ilias kembali ke dunia lamanya sebagai ‘wanita jadian’ telah mengejutkan ramai pihak, dan apa yang dikesalkan adalah dia kini lebih terbuka mendedahkan ‘hubungan cinta’ songsangnya pada khalayak ramai.

Menegaskan bahawa hubungan sesama jenis adalah dilarang dalam agama Islam, pakar motivasi, Dr Syahr Musafir tampil memberi teguran kepada golongan lelaki sejati yang ‘memilih’ untuk bercinta dengan golongan transgender, termasuk dengan Safiey.

Katanya, individu seperti Safiey adalah secara terang-terangan bukan wanita sejati yang tidak seharusnya menjalin hubungan cinta dengan golongan lelaki, dan kaum lelaki sepatutnya sedar akan hubungan sejenis itu.

Concern utama saya di sini bukan tentang lelaki menjadi perempuan sebab sudah ramai yang mengulas.

“Tetapi perihal manusia bernama lelaki, dengan rupa yang elok, dengan badan yang berotot, dengan poket yang berduit, yang mengaku lelaki secara batin dan zahir, akhirnya secara umum mempersembahkan kepada dunia yang dia bercinta dengan perempuan jadian seperti Safiey ini.

“Dah tahu si dia (Safiey) itu lelaki yang berubah menjadi perempuan, kenapa engkau yang lelaki ini nak kat dia pula?,” demikian menurut beliau dalam catatan di laman Facebooknya, kelmarin.

Jelas beliau, sekiranya hubungan cinta sesama jantina ini tidak dicegah dan dibiarkan berleluasa dalam masyarakat, ia dibimbangi akan mempengaruhi generasi akan datang.

“Zaman sekarang kita kena tegaskan bahawa, lelaki kena cintakan perempuan dan perempuan kena cintakan lelaki. Zaman sekarang kita kena cakap betul-betul lelaki kahwin perempuan dan perempuan kahwin lelaki.

“Bukannya lelaki kahwin lelaki, bukannya perempuan kahwin perempuan, bukannya lelaki kahwin perempuan jadian, bukannya perempuan kahwin lelaki jadian. Kena cakap betul-betul, lelaki kahwin perempuan, perempuan kahwin lelaki,” tegasnya.

Beliau juga menyifatkan kaum lelaki yang memilih untuk bercinta dengan golongan transgender sebagai tindakan bodoh.

“Perempuan yang benar-benar perempuan, ramai. Kenapa lelaki pilih perempuan jadian dan berbangga dengannya?,” soalnya lagi.

Mengulas lanjut, Dr Syahr tidak menafikan bahawa Safiey bukan satu-satu ‘wanita jadian’ yang mendapat tumpuan masyarakat ketika ini, namun beliau enggan menghakimi individu tersebut kerana kesahihan jantina sebenarnya masih lagi diperdepatkan.

“Saya tidak pernah komen tentang identiti Nur Sajat sebab saya tidak pernah tengok bukti tentang dia adalah lelaki yang bertukar menjadi perempuan secara real.

“Saya tak ulas benda yang saya tidak tahu. Jadi saya tak kata ya, saya tak kata tidak. Malas nak sembang, selagi dia tak mengaku, kita serahkan hal ini kepada tuhan.

“Tetapi tentang Safiey, satu dunia tahu dia adalah lelaki yang berubah menjadi perempuan, menggemparkan satu dunia dengan kisah penghijrahan taubatnya menjalani proses menjadi lelaki semula. Kononnyalah,” katanya.

Beberapa hari lalu, jutawan muda itu menerusi catatan di laman Instagram miliknya tampil mempertahankan keputusannya untuk kembali menjadi ‘maknyah’, selain menafikan dakwaan bahawa dia mempergunakan agama untuk melariskan perniagaan.

“Bukan pasal mempersendakan agama atau penunggang agama, adatlah iman naik dan turun. Daripada cakap yang buruk-buruk, baik cakap yang baik-baik dan doa yang baik-baik,” tulisnya, sambil menambahkan bahawa dia akan mengumumkan sesuatu pada 31 Disember ini.

Dr Syahr dalam pada itu turut menyeru orang ramai semua memboikot produk-produk keluaran golongan transgender, bertujuan untuk memberi pengajaran kepada golongan tersebut.

“Jangan support (sokong), makin support makin naik minyak geng-geng (transgender) ini. Supportdengan cara doa diam-diam supaya mereka kembali ke pangkal jalan, jangan beli produk mereka. Makin kaya mereka, makin terpesong.

“Jom kita boikot mereka supaya bila miskin, mereka rasa kesusahan hidup dan kembali ingat Allah SWT,” katanya – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.