Obama, Clinton Paling Dikagumi Rakyat AS

WASHINGTON – Bekas Presiden Barack Obama dipilih sebagai lelaki paling dikagumi di Amerika Syarikat manakala bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, pula menjuarai gelaran itu bagi wanita, menurut tinjauan yang disiarkan semalam.

Obama berada di senarai teratas tinjauan dilakukan Gallup bagi 10 tahun berturut-turut manakala Clinton, yang kalah kepada Presiden Donald Trump pada pilihan raya presiden tahun lalu, dinamakan tokoh wanita paling dikagumi untuk 16 tahun berturut-turut, lapor Agensi Petik MD

Tujuh belas peratus rakyat Amerika yang terbabit dalam tinjauan berkata, Obama adalah lelaki paling mereka kagumi, menurut daripada 22 peratus tahun lalu.

Trump berada di tempat kedua dengan 14 peratus diikuti Pope Francis dengan tiga peratus.

Sementara sembilan peratus memilih Clinton sebagai wanita paling dikagumi diikuti dengan bekas Wanita Pertama, Michelle Obama, dengan tujuh peratus dan hos rancangan bual bicara, Oprah Winfrey, dengan empat peratus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.