10 Cedera Letupan Bom Di Pasar Raya Russia

SAINT PETERSBURG – Bom buatan sendiri meletup di sebuah pasar raya di bandar raya ini semalam, menyebabkan 10 cedera dan pihak berkuasa memulakan siasatan cubaan membunuh.

“Menurut maklumat awal, letupan objek tidak diketahui itu berlaku dalam stor,” kata jurucakap Jawatankuasa Siasatan Russia, Svetlana Petrenko, dalam kenyataan.

Letupan berpunca daripada peranti letupan buatan sendiri dengan kuasa menyamai 200 gram TNT

dipenuhi serpihan membawa maut, katanya.

“Siasatan meneliti semua punca kejadian,” katanya, menambah siasatan terhadap kes cubaan membunuh dilakukan.

Letupan berlaku beberapa bulan selepas bandar raya itu digegarkan dengan pengeboman kereta api bawah tanah April lalu yang mengorbankan 16 orang.

“Sepuluh orang dimasukkan ke hospital, tetapi mereka tidak dalam keadaan bahaya,” kata ketua unit siasatan Saint Petersburg, Alexander Klaun, kepada agensi berita Russia.

– Agensi/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.