Video: Selepas Premis Judi, Jamal Serang Pejabat Tanah

SABAK BERNAM – Pengerusi Gabungan NGO Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam bagi menuntut penjelasan berhubung status tanah yang diragui di sekitar daerah itu.

 

Beliau tiba kira-kira pada jam 10.30 pagi tadi bersama beberapa penyokongnya.

 

“Undang-undang yang ada di tangan mereka, mereka telah salah gunakan undang-undang itu untyk menganiaya saya. Saya tiada masalah dengan itu, tetapi persoalannya kenapa Jamal Md Yunos sahaja diambil tindakan?”,katanya.

 

Jamal mendakwa, terdapat tapak tanah yang diduduki dan dibangunkan tanpa kebenaran dan lesen sah.

 

 

Terdahulu, Jamal yang juga merupakan pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort bersama-sama puluhan pengikutnya menyerbu sebuah pusat mesin permainan judi elektrik di Pekan Sekinchan, minggu lalu.

 

Menurut Jamal, MDSB mengambil tindakan tegas meroboh Sekin Fisherman Village Hotel & Resort milik beliau kerana tidak mempunyai lesen tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap premis-premis tidak berlesen yang menjalankan kegiatan haram.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.