Princess Leia, Pelakon Filem Star Wars Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon watak Princess Leia dalam siri filem “Star Wars”, Carrie Fisher dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun.

 

Berita kematian aktres Hollywood itu dimaklumkan oleh anak perempuannya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap keluarga, Simon Halls.

 

“Billie Lourd dengan sedih mengesahkan bahawa ibunya tercinta Carrie Fisher meninggal dunia pada 8:55 pagi ini (waktu tempatan),”

 

“Dia disayangi oleh seluruh dunia, dan dia akan dirindui.”

 

Fisher dilaporkan mengalami serangan jantung semasa dalam penerbangan dari London ke Los Angeles pada Jumaat lalu. Beliau diperiksa oleh paramedik dan dikejarkan ke Pusat Perubatan UCLA Ronald Reagan. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.