Polis Gesa Wanita Adu Kes Pemandu Lelaki Tunjuk Isyarat Lucah Di LDP

KUALA LUMPUR — Polis menggesa pengguna internet yang menyebarkan foto seorang pemandu menunjukkan isyarat lucah dekat plaza tol agar membuat aduan.

 

“Salam hormat, anda diminta tampil di mana-mana balai berhampiran untuk membuat laporan agar tindakan lanjut dapat diambil,” kata polis di akaun Twitter.

 

Pengguna Twitter itu melampirkan empat keping foto, termasuk pemandu berbaju biru yang berdiri di luar kereta dengan isyarat jari tengah, dengan dakwaan memotong barisan.

 

“Lelaki tidak ada adab, orang lain sudah beratur panjang sampai sesak di belakang, dia terus masuk barisan depan, [tetapi] kena hon kemudian cari gaduh,” kata @ivyneysa kepada @PDRMsia.

 

Namun tidak pasti sama ada wanita itu mengalami sendiri kejadian itu dan merakamkan foto-foto tersebut atau hanya berkongsi foto yang kini menular di media sosial.

 

Kejadian itu dipercayai di plaza tol Petaling Jaya Selatan di Lebuh raya Damansara-Punchong (LDP). Tiada butiran lanjut dinyatakan. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.