Jepun Ikrar Tidak Ulangi Kengerian Akibat Perang

HAWAII – Jepun berikrar tidak akan akan mengulangi kengerian akibat perang tegas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ketika menyertai Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melakukan lawatan bersama simbolik ke Pangkalan Tentera Laut  Pearl Harbor di Hawaii.

Beliau menyampaikan ucapan takziah dan bertafakur terhadap mangsa korban serangan pada 7 Disember 1941 dimana lebih 2,400 tentera Amerika maut di kancah Perang Dunia Kedua.

Abe bagaimanapun mengulangi pendirian tidak akan memohon maaf berikutan tragedi tersebut. Itu perikatan erat antara Washington dan Tokyo bukti bahawa banyak yang boleh dicapai menerusi keamanan berbanding peperangan.

Presiden Obama berkata, menghulur tangan persahabatan lebih menguntungkan berbanding menghukum. Beliau memberi amaran terhadap perbuatan memprovokasi usaha tersebut oleh pihak yang masih menyimpan ‘dendam’ terhadap kesan peperangan pada 75 tahun lalu itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.