Israel Umum Henti Kerjasama Dengan Negara Undi Singkirnya Dari PBB

BAITULMUQADDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mahu kerjasama dengan kedutaan 12 negara yang mengundi untuk menyingkirkan negara tersebut dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digantung serta-merta.

 

12 negara tersebut adalah Britain, Perancis, Rusia, China, Jepun, Ukraine, Angola, Mesir, Uruguay, Sepanyol, Senegal dan New Zealand, lapor CNN.

 

Penduduk Israel juga akan dihadkan dari memasuki negara-negara tersebut dan duta negara-negara berkenaan tidak akan dialu-alukan di Kementerian Luar Israel.

 

Bagaimanapun, duta Israel yang berada dalam negara-negara berkenaan akan tetap bekerja seperti biasa.

 

Sebelum ini, 12 negara berkenaan mengundi untuk menyingkir Israel dari PBB kerana melanggar Perkara 1 Piagam (United Nations Charter 1945).

 

Israel juga berang selepas resolusi Majlis Keselamatan 2334 menganggap penempatan haram Israel di Tebing Barat adalah haram dari segi undang-undang antarabangsa.

 

Laporan CNN turut mengatakan, langkah terbaharu Netanyahu berkenaan tidak akan memberikan kesan terhadap mana-mana pihak, selain ‘memberitahu beliau naik darah’.

 

Amerika Syarikat (AS) yang tidak mengeluarkan undi juga diramalkan menjadi ‘mangsa kemarahan’ Netanyahu. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.