Semua Mesej Tunku Jalil Beta Simpan – Sultan Johor

SHAH ALAM – “Beta simpan semua mesej yang Tunku Abdul Jalil beri. Ia adalah memori berharga untuk beta”, demikian keluh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

 

Sultan Ibrahim berkata beliau juga seorang bapa yang bersedih hati selepas diberitahu anakandanya mengidap kanser hati peringkat empat.

 

“Beta menyimpan semua pesanan mesej yang dihantar beliau. Ini adalah memori berharga yang amat penting untuk beta dan juga keluarga.

 

“Kami juga manusia biasa. Beta seorang bapa sama seperti ibu bapa lain di Johor. Hati beta hancur setiap kali melihat anak beta menderita terutamanya apabila mengetahui beliau akan meninggal. Beta terpaksa kuatkan diri sehingga hari terakhirnya,” ujar baginda ketika diwawancara secara eksklusif akhbar The Star.

 

Tunku Abdul Jalil mangkat pada 5 Disember lalu. Kemangkatannya mencuri perhatian rakyat negara ini berikutan kisah baginda sering menjadi viral dilaman sosial, sebagai sorang putera raja yang amat sederhana dan berjiwa rakyat.

 

Malah bagi Sultan Ibrahim sendiri, Tunku Abdul Jalil adalah seorang lelaki yang berani hingga ke akhir hayatnya.

 

“Tunku Jalil didiagnosis ketika sedang bercuti bersama kami di United Kingdom pada Ogos tahun lalu.

 

Beliau adalah pejuang sebenar dan lelaki yang sungguh berani. Walaupun proses rawatan amat menyakitkan baginya, ia juga menyakitkan buat kami,” menurut baginda.

 

Sultan Ibrahim juga menyampaikan penghargaan kepada rakyat jelata yang sehingga hari ini melawat makam diraja untuk memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum.

 

“Namun kita perlu menerima nasib dan takdir. Allah mempunyai sebab-sebab-Nya. Beta ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Johor dari semua lapisan masyarakat, kaum dan agama yang memberikan sokongan terhadap putera beta.

 

“Beta benar-benar ingin berterima kasih dengan sepenuh hati beta. Beta amat terharu.

 

“Malah, sehingga hari ini, masih ada yang melawat makam diraja untuk memberi penghormatan terakhir mereka,” titah baginda. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.