Penghantar Surat Didakwa Khianat Sebabkan Kereta Terbakar

PETALING JAYA – Seorang penghantar surat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung insiden kebakaran yang melibatkan enam buah kereta  minggu lalu.

 

Budiman Shah Razali,  26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan menggunakan bahan api petrol dalam botol mineral dengan cara membaling ke arah kereta Proton Wira milik Muhammad Nor Fikri Razali,  20,  dan lima lagi kenderaan lain yang kesemuanya melibatkan kerugian hampir RM450,000.

 

Perbuatan itu didakwa dilakukan bertentangan Jalan Persiaran Barat di sini antara pukul 12. 50 tengah hari dan 1. 15 petang, 21 Disember lalu.

 

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 437 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda.

 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10, 000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 27 Januari tahun depan. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.