Janna Nick Mengaku Silap Bergurau Tentang MH370

Pelakon Janna Nick, 20, mengakui perbuatannya memuat naik status bertujuan untuk bergurau pada Sabtu lalu mengenai nahas pesawat MH370 merupakan satu kesilapan besar dan memohon maaf mengenai perkara itu.

 

Memetik laporan mStar online, pemilik sebenar Nurul Jannah Muner ini, berkata, dia tidak berniat untuk mengecilkan hati mana-mana pihak dan pada masa sama tidak sangka status berkenaan menjadi viral sehingga menimbulkan rasa kurang senang pelbagai pihak.

 

“Asalnya saya sedang menonton filem Hindustan iaitu Dilwale. Kemudian saya mengambil gambar sebuah kapal terbang kosong menerusi salah satu babak filem tersebut dan terus memuat naik di Twitter kerana menganggap perkara itu lawak.

 

“Selepas selesai menonton, saya tengok semula Twitter, dan mendapat kritikan teruk daripada ramai orang. Dan saya terus memadamkan gambar tersebut.

 

“Diakui, salah saya kerana tidak prihatin dengan isu serius seperti ini dan saya memohon maaf atas kesilapan ini,” katanya.

 

Sabtu lalu, pelakn drama Kau Aku Kita ini telah memuat naik gambar daripada sedutan filem Dilwale yang menampilkan pelakon Datuk Shah Rukh Khan dan Kajol menari di atas sebuah pesawat lama, dengan kapsyen ringkas “MH 370 Ditemui” di akaun Twitter miliknya.

 

Perkara itu membuatkan ramai yang menegur dan marah pelakon tersebut kerana menyifatkan dia langsung tidak sensitif dengan keluarga mangsa tragedi yang terlibat.

 

Terbuka hati menerima segala teguran dan kritikan, Janna beerkata dia segera memadamkan gambar-gambar di laman sosial jika menerima teguran daripada pengikut-pengikutnya. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.