Bekas Guru Agama Sultan Johor Meninggal Dunia

JOHOR BAHRU – Bekas guru agama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Datuk Abd. Kadir Anuar meninggal dunia di kediamannya di Jalan Merbok, Kampung Dato’ Onn, Larkin di sini, pada pukul 5.10 petang tadi.

 

Abd. Kadir, 82, meninggal dunia disebabkan radang paru-paru dan jangkitan kuman dalam darah.

 

Sabtu lalu, Sultan Ibrahim sempat menziarahi Allahyarham dan bertanyakan khabar di kediamannya.

 

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas pada tahun 1995 hingga 1999 dan kemudian dipilih menjadi Ahli Parlimen Pulai dari 1999 hingga 2004.

 

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri itu meninggalkan seorang isteri, Datin Samiah Mohd. Said, 75, lima orang anak dan 21 cucu. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.