Warga Myanmar Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar Dileher

Kuala Lumpur – Seorang warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar pada lehernya di Menara Tinjau Ampang dekat sini awal hari ini.

Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Khairuldin Saad berkata mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui seorang pengutip besi buruk yang kemudiannya  memaklumkan kepada polis.

Beliau berkata mangsa dipercayai dihentak dengan objek keras pada bahagian lehernya selain kesan kelar yang dalam.

Mangsa merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR). – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.