Terpaksa Berpindah Kerana Rumah Dinaiki Air, Dipimpin Meredah Air Dalam Hujan Lebat

Kemaman – Raimah Awang, 54, yang tidak dapat melihat menceritakan keperitannya berpindah ke pusat pemindahan.

Namun beliau terpaksa berpindah setelah rumahnya di Kampung Banggol di Kemaman  dinaiki air, dengan ditemani nenek dan ibu sudaranya.

“Sebaik hadapan rumah kami digenangi air, saya mula cemas. Memang payah sebab saya tidak dapat melihat dan semua pergerakan saya bergantung kepada bantuan nenek dan ibu saudara saya.

“Kami berpindah kira-kira pukul 11 malam dengan bantuan penduduk. Mereka terpaksa memimpin saya sehingga ke kereta dan kami terpaksa meredah air paras lutut dalam hujan lebat,” katanya kepada Bernama di Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol.

Beliau berkata di pusat pemindahan, mereka juga terpaksa bergantung kepada pertolongan orang lain untuk mendapat makanan dan melakukan rutin harian lain. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.