SPNB Kerah Sukarelawan Dan Kakitangan Bantu Mangsa Banjir

Kuala Lumpur – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan mengerahkan sukarelawan dan kakitangan untuk turut sama membantu mangsa banjir di lima buah negeri.

Menurut Presidennya, Dato Sr Kamarul Rashdan Hj Salleh pihaknya akan memberikan bantuan logistik untuk menghantar barang-barang keperluan ke tempat mangsa banjir.

“Saya difahamkan sehingga kini bantuan makanan dan keperluan telah banyak disumbangkan oleh pihak-pihak tertentu namun ia sukar diagihkan kerana masalah logistik.

“SPNB akan mengerakkan sukarelawan dan kenderaan pacuan empat untuk membantu urusan pengagihan bantuan dan makanan” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Kamarul lagi, SPNB akan bekerjasama dengan pusat bantuan banjir untuk memastikan bantuan yang diterima dapat dihantar ke kawasan yang kritikal.

SPNB akan mengatur sukarelawan membantu membersih dan mencuci rumah-rumah mangsa-mangsa.

“Sekiranya paras air kembali surut, sukarelawan yang dihantar itu akan turut membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir” ujarnya lagi

Beliau turut menyeru semua lapisan masyarakat untuk sama-sama mengadakan solat hajat dan munajat secara berterusan bagi mendoakan supaya banjir yang melanda beberapa negeri di pantai timur, Perak dan Perlis surut dan reda dengan segera.

Sehingga kini dianggarkan hampir 120,000 orang terpaksa dipindahkan berikutan keadaan banjir yang bertambah buruk di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah dan Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.