Simpan Handphon Dan Turun Bantu, Rasa Sendiri Tidak Tidur Malam Bantu Mangsa – TPM

Kuala Lumpur – Memang elok apabila rakyat Malaysia celik IT, malangnya ada pihak-pihak atau individu-individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan kebolehan dan kemudahan yang ada untuk tujuan yang yang tidak sewajarnya.

Terlalu banyak berita palsu berleluasa mengenai pelbagai isu, dan akhir-akhir ini mengenai situasi banjir di media-media sosial yang entah daripada mana puncanya. Betapa banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin negara telah memberikan nasihat supaya tidak menyebarkan berita palsu, namun ia bagaikan tidak berkesan.

Menyedari hakikat itu, Timbalan Perdana Menteri semalam mengulangi nasihat agar orang ramai untuk tidak menyebarkan berita tidak benar mengenai situasi banjir yang melanda beberapa negeri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta para pengguna media sosial supaya turun sendiri dan bantu mangsa banjir daripada menyebarkan berita tidak sahih di laman sosial.

“Simpan handphone dan turun sendiri bantu, rasa sendiri macam mana pasukan keselamatan tidak tidur malam bantu mereka (mangsa).

“Jangan duduk di dalam bilik berhawa dingin dan sebarkan semua maklumat yang direka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat berhubung situasi terkini banjir di Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) , lapor BERNAMA.

Muhyiddin berkata dalam situasi bencana (banjir), memang tidak dinafikan banyak keadaan tidak selesa berlaku, namun keadaan tidak seburuk yang digambarkan dan kerajaan telah berusaha sebaik mungkin dalam menguruskan mangsa.

“Kita kena faham, situasi di pusat pemindahan tidak selesa macam di rumah, makanan pun tidaklah selazat biasa, tapi kita telah membantu sedaya upaya untuk elak ratusan nyawa terkorban,” tegas Muhyiddin. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.