Serangan Udara Di Sempadan Afganistan, 39 Anggota Kumpulan Militan Terbunuh

Islamabad – Seramai 39 militan terbunuh dalam operasi udara dan darat yang dijalankan secara berterusan di wilayah berhampiran sempadan Afghanistan.

Tentera Pakistan dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, serangan udara itu dilancarkan di Datta Khel, wilayah Waziristan Utara, pada petang Jumaat.

Turut musnah dalam operasi ketenteraan itu adalah sistem terowong bawah tanah dan sejumlah senjata api.

Tentera Pakistan mendakwa, beberapa komander kanan militan turut maut, namun identiti mangsa korban tidak didedahkan.

Dalam pada itu, seramai 16 militan terbunuh, manakala 20 lagi cedera, apabila tentera Pakistan menyerbu satu perhimpunan militan di sempadan Orakzai dan Khyber, pada lewat malam Jumaat.

Empat tentera Pakistan turut cedera dalam kejadian itu.

Tentera Pakistan mendakwa, lebih 1,200 militan terbunuh, sejak operasi besar-besaran menentang militan dilancarkan pada 15 Jun lalu di Waziristan Utara, susulan satu serangan pengganas di lapangan terbang terbesar di Karachi.

Waziristan Utara adalah satu daripada tujuh wilayah puak berhampiran sempadan Afghanistan yang menjadi kubu kuat militan, sejak bertahun-tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.