Saya Percaya Cristiano Akan Tamatkan Kariernya Di Real Madrid – Mendes

Madrid – Ejen Christiano Ronaldo, Jorge Mendes telah menolak prospek kliennya (Ronaldo) untuk meninggalkan Real Madrid bila-bila masa tidak lama lagi setelah mengesahkan bahawa beliau menjangka bintang Portugal itu akan menamatkan kariernya di Bernabeu.

Ronaldo telah sentiasa dikaitkan dengan perpindahan ke bekas kelabnya Manchester United sejak beberapa tahun yang lalu, dengan pelbagai persoalan sehingga musim panas yang lalu bekas kelabnya itu telah dikhabarkan akan menyediakan satu tawaran untuk menarik dia kembali ke England.

Namun, Mendes nampaknya berjaya meyakinkan bintang yang berusia 29 tahun itu untuk terus kekal dengan Real Madrid, menurut komen yang diberikan ketika sesi temu bual bersama Globo Esporte.

“Saya percaya bahawa Cristiano akan menamatkan kariernya di Real Madrid,” Mendes dilaporkan telah berkata.

“Dia gembira di kelab itu dan masih berminat untuk mencapai lebih banyak kejayaan di Madrid.”

Mendes juga berkata Ronaldo adalah pemain terbaik yang dimiliki oleh Real Madrid, dan turut mencadangkan kelab tersebut harus mempertimbangkan untuk tidak menggunakan No.7 yang digunakan oleh Ronaldo sekarang apabila dia bersara kelak, seperti yang dilaporkan portal sukan ESPN.

“Saya menghormati pemain hebat seperti Raul dan (Alfredo) Di Stefano, tetapi tiada seorang pun daripada mereka dapat dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.