VIDEO: Pesawat Dilaporkan Terhempas di Laut Belitung Timur

Kuala Lumpur – Sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501, menurut laporan Kompas.com.


“Tadi Pak Danlanud menelefon Bapak (Basuri), memberi maklumat ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Beltim,” kata Yuhinu, Ajudan Bupati Beltim, ketika menghubungi bangkapos.com.

Menurut Ketua Polis Marin Beltim, AKP Yanto berkata, maklumat itu masih disiasat.

“Kita masih berhubung dengan direktorat dan mengumpulkan maklumat daripada nelayan mahupun kapal yang melintas perairan Beltim,” kata AKP Yanto ketika dihubungi bangkapos.com.

Sementara itu pesawat AirAsia QZ 8501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, awal pagi tadi dikatakan cuba untuk menghindari awan tebal.

Menurut Kompas Pegawai Perhubungan Udara Indonesia, Joko Murdjatmojo menyatakan juruterbang pesawat sempat melakukan komunikasi terakhir dengan Pengawal Trafik Udara (ATC) di Bandara Soekarno-Hatta pada jam 6.12 pagi waktu Indonesia.

“Saat itu pesawat melaporkan akan menghindari awan dengan berbelok ke arah kiri. Saat itu pesawat terbang dengan ketinggian 32,000 kaki dengan arah 320 atau ke Barat Daya. “Pada jam 6.17 pagi , pesawat hilang hubungan dan pada jam 6.18 pagi yang terlihat hanya ‘flight plan’ atau rencana penerbangan,” katanya,

AirAsia dalam kenyataannya di Facebook mengesahkan kejadian itu dan meluahkan kekesalannya terhadap insiden menimpa pesawat QZ8501 itu.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perkhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan itu.

AirAsia juga menubuhkan pusat panggilan kecemasan untuk anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang di talian 622129850801.

Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman web www.airasia.com.

Syarikat penerbangan itu juga sudah menukar logo kepada hitam putih.

Pesawat berkenaan dikatakan membawa 138 penumpang dewasa, 16 anak-anak dan seorang bayi.

 

Baca: Malaysia Akan Bantu Indonesia Cari Pesawat AirAsia Yang Hilang – Najib

Baca: Pesawat AirAsia Hilang, Terputus Hubungan Dengan Menara Kawalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.