Pertempuran Antara Pemberontak Dan Kumpulan Islam Kurdis, 3 Terbunuh

Turki – Tiga orang terbunuh dalam pertempuran antara pemberontak Kurdis dan kumpulan Islam Kurdis di tenggara Turki berhampiran sempadan Syria, menurut pejabat gabenor tempatan.
Angka kematian awal yang diberikan ialah dua tetapi pejabat gabenor di Sanliurfa kemudian menyatakan seorang daripada tiga yang cedera meninggal dunia di hospital.
Menurut sumber keselamatan, ketegangan meningkat di bandar Cizre sejak kelmarin apabila kumpulan Huda-Par menyerang khemah milik anggota pemberontak Parti Pekerja Kurdistan yang diharamkan.
Huda-Par diketahui sebagai badan politik Hezbollah Turki yang sudah lama bersengketa dengan PKK yang menentang pasukan keselamatan Turki sejak tiga dekad lalu untuk autonomi puak Kurdis.
Menurut sumber itu, pertempuran di Cizre berterusan di sana sini.
Media setempat melaporkan seorang daripada mangsa yang mati adalah bapa kepada seorang pemimpin Huda-Par. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.