Panik Dan Keliru, Badak Air Disangka Dinosaur

Taiwan – Seekor  badak air panik ketika sedang diangkut oleh trak di Taiwan lalu melompat keluar dari kenderaan tersebut menyebabkannya patah kaki pada Jumaat.

Kejadian tersebut bagaimanapun telah turut menimbulkan rasa panik dan keliru kepada penduduk sekitar, lalu melaporkan bahawa mereka mengesan ‘dinosaur’ sedang berkeliaran, lapor The Straits Times Asia.

Rakaman televisyen menunjukkan haiwan yang besar kelihatan terbaring di atas jalan raya dengan cecair putih meleleh dari matanya selepas ia melompat melalui tingkap trak dan terjatuh di atas sebuah kereta yang diletak berdekatan sebelum jatuh ke jalan raya.

Penduduk berhampiran terkejut dengan bunyi perlanggaran tersebut lalu berpusu-pusu untuk melihat haiwan itu dan menghubungi polis di daerah Miaoli.

Seorang wanita yang dipetik oleh United Daily News berkata, dia berlari keluar dari rumahnya setelah mendengar kemalangan itu dan menyangka dia melihat ‘dinosaur’ berbaring di jalan raya.

Binatang tersebut yang cedera dinamakan ‘A Ho’ sebagai nama China untuk badak air, Ho Ma, terbaring di jalan raya selama beberapa jam sebelum diletakkan ke dalam bekas kargo dan dibawa balik ke ladang di pusat bandar Taichung, kata pegawai.

Pihak berkuasa Taiwan berkata pada Sabtu, pemilik haiwan itu boleh dikenakan denda sehingga TW$75,000 (RM8,261) kerana melanggar undang-undang perlindungan haiwan selepas badak air itu mengalami patah kaki dan kerosakan gigi.

Media tempatan berkata badak air itu merupakan tarikan utama di ladang dan telah pun muncul dalam rancangan televisyen popular beberapa tahun yang lalu. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.