Kedai Kayu Terbakar, 8 Pekerja Maut

New Delhi – Lapan maut dalam satu kebakaran di sebuah kedai kayu yang terletak di pinggir bandar Mumbai, pada awal pagi Sabtu.

Menurut anggota polis, Ramesh Patil, mangsa korban terdiri daripada pekerja yang sedang tidur dalam kedai kayu berkenaan di kawasan Bhiwandi, negeri Maharashtra.

Punca kebakaran masih disiasat.

Agensi berita The Press Trust of India melaporkan, berpuluh-puluh jentera bomba yang dikejarkan ke tempat kejadian, mengambil masa beberapa jam untuk memadamkan api yang turut merebak ke beberapa kedai berhampiran.

Tiga yang lain turut cedera dalam kebakaran itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.