Isuzu D-Max Bertembung Lori, Seorang Maut Dan Seorang Cedera Parah

Lenggong – Seorang pemandu pikap Isuzu D-Max maut selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Air Kala, Lenggong pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong berkata, pemandu lori mengalami cedera parah di bahagian kaki sementara pemandu Isuzu meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.

“Mayat dan mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat dan rawatan,” katanya. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.