CEO AirAsia Hargai Sokongan Dan Doa Terhadap Pesawat QZ8501

Kuala Lumpur – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menghargai sokongan dan doa yang diberikan orang ramai terhadap pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang hilang pagi tadi.

Beliau menerusi akaun Twitternya hari ini turut memberi jaminan AirAsia akan mengeluarkan kenyataan terkini dalam masa terdekat dan berharap semua pihak bersikap tabah dalam menghadapi insiden tersebut.

Pesawat AirAsia QZ8501 laluan Surabaya-Singapura yang hilang pagi ini, dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan lalu lintas udara di Jakarta pada pukul 6.17 pagi waktu tempatan.memohon untuk menukar laluan perjalanannya.

Pesawat tersebut dikatakan telah meminta laluan yang bukan laluan kebiasaan sebelum putus hubungan,” kata jurucakap Kementerian Perhubungan, Hadi Mustofa di sini hari ini.

Seramai 155 penumpang dan anak kapal terdaftar dalam pesawat Airbus A320-200 itu yang dijangka mendarat di Singapura pada pukul 8.30 pagi.

Sementara itu, ibu pejabat AirAsia di Kuala Lumpur, Malaysia mengumumkan sebuah pasukan pencarian dan penyelamat telah dibentuk bagi mengesan pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah itu.

Menurut AirAsia operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan bagi mengesan pesawat QZ8501 yang hilang.

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini berkata, AirAsia juga memberi kerjasama dan bantuan sepenuhnya kepada pasukan penyelamat.

“Waris penumpang dan anak kapal pesawat terbabit boleh menghubungi Pusat Panggilan Kecemasan di nombor +622129850801 untuk mendapatkan maklumat terkini,” katanya.

AirAsia menambah, maklumat lanjut tentang pesawat tersebut akan dikemas kini sebaik sahaja ia diperoleh serta akan dipaparkan di laman web http://www.airasia.com.

 

Baca: VIDEO: Pesawat Dilaporkan Terhempas di Laut Belitung Timur

Baca: Malaysia Akan Bantu Indonesia Cari Pesawat AirAsia Yang Hilang – Najib

Baca: Pesawat AirAsia Hilang, Terputus Hubungan Dengan Menara Kawalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.