Cara Alternatif Caj Telefon Bimbit Dalam Keadaan Terdesak

Kuala Lumpur – Orang ramai yang terjejas dengan bencana banjir dan tidak mempunyai bekalan elektrik untuk mengecas telefon bimbit kini memiliki alternatif lain bagi membolehkan mereka tidak terputus hubungan dengan pasukan penyelamat.

Antara alat-alat yang diperlukan adalah sebiji bateri bersaiz 9 volt, pengecas telefon bimbit dalam kereta, kunci dan juga kabel usb telefon bimbit.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menyambungkan kabel USB ke pengecas berkenaan dan juga kepada telefon bimbit tersebut.

Kemudian mereka perlu meletakkan penghujung pengecas terbabit di bahagian positif bateri serta kunci di bahagian negatif dan kemudiannya menekan sehingga muncul paparan di skrin telefon bimbit tersebut yang menunjukan ia sedang dicas.

Tip ini boleh digunakan sekiranya mereka tidak mempunyai bekalan eletrik dan dalam keadaan terdesak untuk membuat panggilan telefon. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.