Angel Di Maria Cedera, Terpaksa Diketepikan Dari Kesebelasan Utama

Manchester – Pemain sayap Manchester United, Angel Di Maria terpaksa diketepikan daripada kesebelasan utama ketika pasukan tersebut menang ke atas Newcastle United 3-1 semalam, akibat kecederaan pelvis.

Pengurus pasukan, Louis van Gaal mendedahkan bahawa Di Maria telah mengalami kecederaan ketika latihan pada malam Krismas, lapor portal berita BBC.

Berikutan itu, pengurus Belanda itu meluahkan kekecewaannya dengan dilaporkan berkata beliau tidak tahu bilakah rekod perpindahan £59.7 juta yang ditandatangani Di Maria akan memberikan pulangan lumayan kepada pasukan.

“Ia bukan satu kecederaan otot.

“Ia adalah lebih kepada pelvis yang tidak mempunyai hubungan yang tepat dengan kaki,” van Gaal dilaporkan berkata.

Tambahnya lagi, “Kami perlu tunggu dan lihat hasil analisis.”

Di Maria, 26 hanya kembali beraksi bersama pasukannya menentang Aston Villa pada 20 Disember lalu selepas berehat selama tiga minggu akibat kecederaan hamstring.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.